Wednesday, August 6, 2008

PANITIA SEJARAH

Bulan Kemerdekaan disambut setiap tahun untuk memperingati Kemerdekaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos 1957.
Pada tahun ini, bulan kemerdekaan akan diadakan pada 25 Ogos 2008 bersama dengan Minggu ICT. Pelbagai acara akan diadakan diantaranya kuiz kemerdekaa, MS Powerpoint, tayangan video, jualan makanan/minuman.
MARI KITA JAYAKANNYA

Kronologi

Kronologi kemerdekaan

Kemerdekaan 31 Ogos 1957

Sambutan Kemerdekaan 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Usaha untuk mendapatkan kemerdekaan telah dibuat oleh Parti Perikatan yang telah memenangi pilihan raya pada tahun 1955 lalu membentuk sebuah kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Melalui kemerdekaan , rakyat negara ini bebas memerintah mengikut cara dan hala tuju yang ditentukan oleh mereka sendiri. Kemerdekaan yang diperoleh adalah hasil perjuangan generasi terdahulu yang mesti dipertahankan dengan penuh rasa tangguingjawab supaya kemerdekaan yang telah dicapai tidak akan musnah.